Home




"MENGHAYATI SUASANA SYAWAL"


Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketaqwaan kita dengan mengerjakan semua perintahnya dan berusaha sedaya upaya menjauhi larangannya.

Hari ini kita berada pada hari ke empat bulan syawal yang mulia ini, bulan di mana masyarakat kita biasanya menghayati suasana Idul Fitri dengan penuh kegembiraan, stelah menjalani ibadah puasa selama sebulan di bulan Ramadan. Rasa kegembiraan dan kesyukuran ini dapat kitalihat dihayati oleh masyarakat kita dengan menghidupkan silaturrahim di kalangan sanak keluarga dan sahabat handai, terutama sekali terhadap orang tua. Budaya ini sangat mulia dan perlu terus dihidupkan. Tetapi kita haruslah ingat bahwa ia tidak seharusnya menjadi perkara yang kita lakukan setahun sekali sahaja. Ia hendaknya menjadi amalan lanjutan daripada suasana Ramadan yang merupakan bulan keberkahan dan pengampunan.

Silatur-rahmi ini sebenarnya adalah penghayatan terhadap makanan hablum-minal Allah (hubungan manusia dengan Allah) dan hablum-minannas (hubungan sesama manusia), sebagaimana firman Allah yang bermaksud:-

"Mereka diliputi kehinaan di mana shaja mereka berada, kecuali jika mereka berpegang kepada tali (agama) Allah dan tali (perjanjian) dengan manusia" (Al-Imran:113)

Dalam ayat lain pula Allah berfirman yang bermaksud:-

"Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan serta mejjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kami saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujurat:13)

Saudara-saudara sekelian,

Dalam kehidupan kita seharian, kita tidak akan terlepas daripada melakukan kesalahan dan kesilapan. Sama ada kesalahan yang kita lakukan itu merupakan dosa terhadap Allah ataupun kesilapan terhadap manusia. Sekiranya kita mempunyai kesalahan kerana melanggar perintah Allah atau tidak melaksanakan perintahnya dengan sempurna, tentunya cara memperbaikinya adalah dengan bertaubat dan memohon keampunan serta berjanji untuk tidak mengulanginya lagi. Tetapi sekiranya kita mempunyai kesalahan terhadap sesama manusia, memperbaikinya tidak cukup dengan hanya menyesal dan memohon maaf daripada orang yang telah kita lakukan kesalahan terhadapnya. Hal ini biasanya kita lakukan dengan berjabat tangan dan saling menyampaikan ucapan maaf lahir batin dengan penuh keikhlasan, setidak-tidaknya setahun sekali sempena Hari Raya Idul Fitri ini.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:-

"Tidak bertemu dua orang Muslim satu sama lain kemudian mereka saling berjabat tangan sebelum mereka berpisah, kecuali Allah telah mengampunkan dosa keduanya" (riwayat Abu Daud dan Tarmizi)

Sidang Jumaat yang berbahagia,

Apabila kita menyambut Hari Raya Idul Fitri ini, kita sebenarnya menyambut kemenangan di atas kejayaan dan istiqamah kita melaksanakan perintah Allah selama sebulan dalam bulan Ramadan.

Biasanya menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat kita untuk saling mengucapkan kalimah "minal A"idin Wal Faizin" yang bermaksud "semoga tergolong dalam golongan orang yang kembali dengan kejayaan. Kalimah tersebut telah menjadi ucapan khusus ketika menyambut Idul Fitri di kalangan umat Islam di rantau ini. Ini telah dijadikan sebagai doa dengan harapan setelah kita lakukan ibadah puasa, kita akan kembali dengan membawa kemenangan-dapat menguasai hawa nafsu serta kembali berfikir dan bertindak sesuai dengan ajaran Islam.

Di antara nilai �nilai ajaran Islam yang penting dan perlu dipupuk terus ialah sikap memaafkan dan menghubungkan silatur rahmi. Allah s.w.t berfirman, yang bermaksud :

"Maka maafkanlah mereka dan biarkanlah mereka, sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik"

Dalam sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud:

"Barangsiapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hubungkanlah silatur rahmi"

Saudara-saudara sekelian,

Menjalin silatur Rahmi adalah amalan yang sangat dimuliakan oleh agama kita. Alhamdulillah, setiap tahun apabila sampai syawalnya kita dapat melihat suasana yang sangat muhibbah ini. Yang muda menunjukkan penghargaan dan hormatnya kepada yang tua, dan yang tua pula menunjukkan kasih sayangnya kepada yang muda. Tetapi janganlah pula ianya hanya menjadi amalan setahun sekali sahaja. Amalan maaf memaafkan dan kunjung mengunjungi ini seharus kita lakukan seberapa kerap yang kita mampu. Ia adalah amalan sunnah yang sangat disukai Allah dan Rasulnya dan Allah membenci sebaliknya. Rasulullah s.a.w bersabda dalam hal ini yang bermaksud:

"Terdapat dua golongan manusia yan tidak akan dilihat oleh Allah pada hari Kiamat, iaitu: "orang yang memutuskan silaturrahim dan jiran yang berhati busuk"

Mudah-mudahan suasana dan semangat Syawal ini akan terus memupuk sifat-sifat lapang dada, pemaaf, ukhwah dan perpaduan yang kukuh di kalangan umat Islam Insya Allah.


Barakallah.......